Tuesday 11 December 2012

Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu yang hamil ialah berzikir mengingati Allah SWT serta memperbanyakkan membaca al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada bayi dalam kandungan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ra’d ayat 28:

Maksudnya:
Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.
Antara adab ibu ketika hamil:
1. Ibu hendaklah teguhkan iman dan sentiasa ingat kepada Allah SWT
2. Ibu hendaklah rajin mengaji, supaya kandungan bijak bistari
3. Ibu hendaklah tenang supaya kandungan berasa tenang
4. Ibu hendaklah taat beribadat supaya kandungan sihat walafiat
5. Ibu selalulah berdoa supaya supaya kandungan sihat sejahtera
6. Ibu hendaklah terhibur supaya kandungan subur
7. Ibu perlulah tangkas supaya kandungan menjadi cergas
8. Ibu perlulah banyak bergerak supaya kandungan menjadi segak
9. Ibu mengandung perlulah mulia supaya kandungan menjadi manusia
10. Ibu mengandung perlulah tabah supaya kandungan diberkati Allah

No comments:

Post a Comment