- Penyertaan online boleh dibuat di laman www.hooha.asia
- Sila juga Like page : http://www.facebook.com/WHRMalaysia
- Acara konsert melibatkan artis ternama akan turut diadakan.
KUALA LUMPUR 15 Sept. – Lebih 10,000 orang dijangka menyertai acara jalan kaki amal World Hunger Relief (WHR) bertemakan “Be The Movement” yang berlangsung pada 6 Oktober depan (Sabtu) di Putrajaya.
Program anjuran KFC dan Pizza Hut Malaysia akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Peserta-peserta yang dijangka menyertai program ini terdiri daripada para pekerja KFC dan Pizza Hut Malaysia, golongan kurang bernasib baik dari pelbagai badan amal tempatan, wakil-wakil media dan orang ramai.
Jalan kaki amal itu diadakan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepadaProgram Makanan Dunia (PMD) yang dinaungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).
Ia akan bermula dan berakhir di perkarangan Istana Kehakiman, Presint 3.
Kempen WHR merupakan kerjasama di antara Yum! Brands, Inc. dan PMD.
Ia merupakan sebahagian daripada sistem promosi menyeluruh ke semua restoran di seluruh dunia yang dianjurkan oleh Yum! Brands, Inc. untuk meningkatkan kesedaran, kesukarelawan dan dana kepada PMD serta agensi-agensi pembasmi kebuluran di seluruh dunia.
Program itu akan bermula pukul 1.00 petang dengan karnival mini yang akan berlanjutan hingga lewat petang.
Lebih menarik, persembahan konsert yang menampilkan artis-artis tempatan, termasuklah Amy Search, Dafi (AF), Suki (One in a Million), VIP dan Eiffel Studio juga akan diadakan bermula pada pukul 2.30 petang.
Program itu juga akan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti-selebriti yang turut menyertai dan menyokong acara jalan kaki amal berkenaan seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, and Zain Saidin.
Pelepasan peserta jalan kaki amal itu djangka diadakan pada pukul 6.00 petang.
“Sejak penyertaan dibuka kepada orang ramai untuk pada tahun 2010, sambutan yang diterima sungguh menggalakkan.
“Acara jalan kaki amal yang kali pertama dianjurkan pada 2008 tidak dibuka kepada orang awam tetapi disertai oleh lebih 1,000 anggota pekerja dan keluarga KFC dan Pizza Hut sahaja, manakala pada tahun 2009 lebih 2,000 yang mengambil bahagian, yang seperti tahun sebelumnya juga merupakan acara tertutup.
“Namun, setelah penyertaan dibuka kepada orang awam, jumlahnya telah melonjak kepada 7,000 orang pada tahun 2010 dan sebanyak 10,000 peserta pula menyertainya pada tahun lalu.
“Tahun ini sekali lagi kita jangkakan lebih 10,000 penyertaan terutamanya di kalangan orang awam yang telah menjadikan program jalan kaki amal ini sebagai acara tahunan wajib bagi mereka bersama rakan-rakan dan kaum keluarga,” kata Rosniza Baharum, Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan QSR Brand Berhad di sini hari ini.
Yuran penyertaan untuk orang ramai ialah RM25 dan setiap peserta akan menerima baju t mikrofiber ‘Be The Movement’ edisi terhad untuk dipakai pada acara jalan kaki amal itu, selain sijil penyertaan, bandana, kupon makanan dan beg cenderahati. Baju-t akan diedarkan pada hari tersebut mulai pukul 1.00 hingga 4.00 petang.
Orang ramai boleh mendaftar mulai sekarang hingga tarikh tutup pada 30 September 2012 di empat outlet KFC dan enam outlet Pizza Hut di Lembah Klang atau melalui Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (F.T.A.A.A), Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd atau dengan melayari laman www.hooha.asia.
Outlet-outlet KFC yang mengendalikan penyertaan adalah restoran KFC di Sungei Wang Plaza, KL Sentral, KLCC dan Mid Valley Megamall.
Sementara itu, outlet-outlet Pizza Hut yang mengendalikan penyertaan adalah restoran Pizza Hut di Alamanda Putrajaya, Sunway Pyramid, Subang Parade, IOI Mall Puchong, One Utama dan Kajang.
“Acara jalan kaki amal ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana untuk WHR dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai situasi semasa yang dihadapi di negara-negara mundur yang menghadapi kesukaran untuk menyediakan makanan yang cukup kepada rakyatnya dan menghapuskan kebuluran,” kata Rosniza.
Sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan dana, pada tahun ini KFC juga mengadakan promosi World Hunger Meal, manakala Pizza Hut pula mengadakan promosi Hut’s Power Meal. PHD juga tidak ketinggalan mengadakan promosi World Hunger Speedy Combos dan Double Deals.
Semua hidangan yang dijual sempena promosi ini dikenakan bayaran tambahan sebanyak 50 sen untuk KFC dan 60 sen untuk Pizza Hut dan PHD. Dana keseluruhan akan disalurkan kepada tabungan WHR.
Sebanyak RM6.43 juta telah berjaya dikumpulkan sejak KFC dan Pizza Hut memulakan pengumpulan dana WHR tahun 2007 hingga tahun lalu.
Kutipan dana telah disampaikan kepada PMD untuk disalurkan kepada usaha-usaha membasmi kebuluran di negara-negara mundur di seluruh dunia dan sebahagiannya juga telah diagihkan kepada badan-badan amal tempatan.
No comments:
Post a Comment