Assalammualaikum sume..entry arinie nak update tentang 'NISFU SYAABAN' yg kita lalui pada hari ke 15 pada bulan Sya'ban & kelebihan yg terdpt pada hari itu sendiri.
So, sama2 lah kita menikmati hari kedua terbesar nikmatnya selepas 'Lailatul Qadar' ini kwn2 semua.
Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yg berpendapat, ini kerana pada ketika itu , bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab & Ramadhan.
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci & membersihkan jiwa kita.
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan di bulan Syaaban ini seperti berpuasa sunat, selain itu juga kita boleh perbanyakkan doa, zikir & selawat ke atas Rasulullah s.a.w serta memperbanyakkan bertaubat.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani & rohani)
Kepada kawan2 semua marilah kita melakukan seberapa banyak amalan yang digalakkan & meraih manfaat dari bulan Syaaban ini. Jangan kita mensia-siakan peluang yang ada ini. Ia adalah peringatan utk diri saya sendiri juga.
Selepas Maghrib hari ini bermulalah buku catatan kita yang baru, yang lama akan diangkat ke langit oleh Malaikat. Dikesempatan ini saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua rakan andai ada salah & silap samada secara sedar ataupun tidak. Moga diber kesempatan untuk diri ini memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.. Insyaallah :)
Mode : Hendak menulis tentang perihal agama ini saya perlu membaca beberapa artikel tentang kesahihan apa yang saya tuliskan ini. Menjenguk ke beberapa blog & penulisan dari mereka yang memang pakar & sahih tentang hal agama. Jikalau ada blogger yang singgah & terbaca silalah memberi teguran, dengan itu saya boleh memperbaiki & meningkatkan mutu penulisan saya dlm berkongsi info dengan rakan2 yang lain.
Ape2 pun : Entry yang dah terlewat
Sekian, sahabat sekalian
No comments:
Post a Comment